Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Selasa, 1 Februari 2011

Tugas Guru SPBT

1.Menerima buku-buku SPBT dari pembekal serta mengecopnya.
2.Menyemak isi kandungan dan muka surat buku-buku yang diterima.
3.Menyimpan buku stok SPBT dengan sempurna dan kemaskini.
4.Membuat peraturan yang perlu semasa mengeluar dan menerima balik buku-buku teks yang diberi pinjam kepada guru-guru dan juga murid-murid.
5.Mengadakan peraturan yang sesuai jika berlaku kerosakan, kehilangan atau kecurian buku-buku teks.
6.Mengeluarkan borang-borang yang berkaitan dengan SPBT kepada guru-guru darjah / kelas.
7.Memberi taklimat kepada guru-guru, bagaimana cara-cara hendak mengisi borang-borang SPBT.
8.Mengeluarkan buku-buku teks kepada guru-guru darjah untuk diberi pinjam kepada murid-murid.
9.Memastikan semua murid-murid telah mendapat pinjaman buku teks.
10.Bertanggungjawab tentang kehilangan atau kerosakan buku teks.
11.Memberi maklumat kepada Penyelia Buku Teks Negeri atau Pegawai Buku teks berkenaan dengan jumlah buku yang diperlukan pada tiap-tiap tahun mengikut perkembangan murid.
12.Memungut balik semua buku teks yang telah dikeluarkan kepada guru-guru darjah pada akhir penggal 2 persekolahan.
13.Menyediakan Borang Hapuskira, serta membuat permohonan hapus kira pada setiap akhir tahun.

Tugas AJK SPBT

1) Mengedar dan memungut balik Borang SPBT kepada semua pelajar melalui guru kelas.

2) Menentukan dan mengesahkan pelajar yang layak atau tidak.

3) Mengurus pesanan buku teks melalui borang yang ditentukan.

4) Memastikan buku yang diterima daripada pembekal sebagaimana dalam borang penyerahan dan dalam keadaan baik.

5) Mengemaskinikan stok.

6) Memproses buku dengan mengecop ‘Hak Milik SPBT’ dan merekodkan nombor kod dan bilangan siri setiap buku.

7) Mengurus pembahagian buku kepad pelajar melalui guru kelas.

8) Mengurus pemungutan kembali buku teks daripada pelajar.

9) Memastikan buku yang dirosakkan / hilang akibat kecuaian pelajar diganti.

10)Menyediakan senarai buku teks untuk kegunaan sekolah.

11)Menjaga buku stok, barang dan fail-fail SPBT.

12)Membaiki buku-buku yang rosak.

13)Membantu pengetua / JKS memilih jenis buku teks yang diperakukan oleh BBT.

14)Mengurus perlupusan buku yang rosak / tidak boleh dipakai.

15)Memastikan segala arahan dan peraturan pengurusan SPBT dipatuhi.

Ahad, 16 Januari 2011

Peraturan Pinjaman Buku Teks

Adalah dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pelajar yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditentukan oleh Biro SPBT Kementerian Pendidikan Malaysia adalah dipertimbangkan bagi pemberian buku teks. Walaubagaimanapun, pemberian buku teks ini tertakluk kepada syarat-syarat berikut:


• Menulis nama di ruang yang disediakan pada setiap buku.
• Membalut buku dengan pembalut plastik
• Tidak meninggalkan buku di merata-rata tempat dan di bilik darjah sewaktu lepas sekolah atau cuti persekolahan.
• Membawa buku ke sekolah sewaktu mata pelajaran berkenaan dijalankan .
• Tidak memberi pinjam kepada pelajar lain.
• Memastikan buku sentiasa berada di dalam keadaan baik dan selamat.
• Mengganti balik buku-buku yang hilang.
• Menghantar buku tepat pada tarikh yang ditetapkan.
• Lain-lain yang ditetapkan kemudian.
Dimaklumkan juga bahawa mana-mana pelajar yang tidak membalut buku teks dan meninggalkan buku teks mereka di dalam meja / laci, pihak sekolah berhak untuk merampas dan mengambil tindakan. Pelajar yang berkenaan akan diambil tindakan seperti berikut.
• Pelajar diberi amaran.
• Pelajar dikehendaki membayar denda RM 1.00 ( Satu Ringgit sahaja ) untuk setiap buku teks yang dirampas.
• Sekiranya pelajar tidak menuntut buku-buku tersebut, pada akhir tahun nanti pelajar dikehendaki membayar harga bagi setiap buku yang dirampas.

Isnin, 10 Januari 2011

BOSS -Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks

BILIK OPERASI SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (BOSS)

Pengenalan

Konsep BOSS yang diperkenalkan oleh BBT ke sekolah-sekolah telah menunjukkan perubahan dalam aspek penjagaan, penyimpanan buku teks dan juga peningkatan terhadap pengurusan program SPBT secara menyeluruh.

Tempat simpanan buku teks SPBT yang terurus adalah salah satu aspek yang penting dalam pengurusan SPBT di sekolah. Kewujudan BOSS ini bukan sahaja dapat memastikan buku teks sumbangan kerajaan itu menjangkau jangka hayat yang telah ditetapkan, malah dapat digunakan dalam tempoh masa yang lebih panjang.

Bagi menjamin penjagaan dalam keselamatan buku teks SPBT, sekolah perlulah menguruskan BOSS dengan efisien. BOSS diwujudkan dengan konsep bilik ini digunakan sebagai tempat yang menguruskan pelbagai urusan berkaitan SPBT. Sekolah perlu menyediakan BOSS yang mempunyai kemudahan asas seperti berikut :

* Rak buku
* Meja dan kerusi
* Kipas
* Alat Pemadam Api
* Kawalan haiwan/serangga perosak
* Kabinet/almari fail
* Papan kenyataan
* Kaunter
* Peti Kecemasan

Ahad, 9 Januari 2011

Buku Teks

Buku Teks ialah buku yang digunakan sebagai bahan asas yang utama dan sumber maklumat mengenai mata pelajaran atau bidang yang tertentu. Buku teks juga mencerminkan nilai masyarakat, harapan dan cita-cita sesebuah negara. Di negara kita buku teks memuatkan perkara seperti Perpaduan Masyarakat, Rukun Negara, Masyarakat Penyayang dan Wawasan 2020.

Buku teks ditulis berdasarkan kehendak Kurikulum, Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP). Sukatan Pelajaran menjelaskan objektif, organisasi kandungan serta strategi pengajaran dan pembelajaran. Huraian Sukatan Pelajaran pula menjelaskan objektif dan organisasi kandungan mengikut tahun persekolahan. Penulisan buku teks juga dikehendaki menepati keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekanakan matlamat pendidikan demi memastikan perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh, seimbang dan sepadu.

Dasar Kelayakan

Pada 7 September 2007,Y.A.B Perdana Menteri Malaysia dalam pembentangan Belanjawan 2008 telah mengumumkan peluasan pemberian buku teks SPBT kepada semua murid warganegara Malaysia tanpa mengambil kira pendapatan isi rumah dan bilangan anak yang layak di semua sekolah kerajaan,sekolah bantuan kerajaan, dan SMAR berkuat kuasa mulai 1 Januari 2008 ( rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2007-lampiran 1 )

Salam

Salam perkenalan buat semua guru di Malaysia. Blog ini dibina bertujuan untuk berkongsi pengalaman sebagai seorang guru Skim Pinjaman Buku Teks. Diharapkan agar kita semua sebagai seorang pendidik dapat menjalankan taggung jawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini dengan sebaik-baiknya. Apa yang baik kita kongsikan bersama dan apa yang terkurang kita perbetulkan..